APA ITU PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH (PPDa)?
LATARBELAKANG PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH
Pada 8hb Februari 1983, Jawatankuasa Kabinet Antidadah telah mengisytiharkan
”Dadah Musuh Utama Negara”. Dalam hal ini, Kementerian Pelajaran Malaysia telah diberi tanggungjawab untuk merancang dan
melaksanakan Program Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) di
sekolah. Sasaran utama program ini ialah kepada murid, guru, kakitangan
sekolah dan ibu bapa.
Program
Pendidikan Pencegahan Dadah di sekolah dilaksanakan secara bersepadu
melalui empat strategi utama iaitu Pengurusan dan Kepimpinan,
Kokurikulum dan Pembentukan Sahsiah.
MANDAT
Mandat adalah apa yang disuruh atau diarah oleh pihak yang bertanggungjawab dan “stakeholder”. Mandat juga merupakan tauliah atau punca kuasa kepada organisasi dalam membuat keputusan dan menjalankan sesuatu tindakan. Mandat yang menjadi rujukan pendidikan pada hari ini ialah Akta Pendidikan. Surat Perkeliling dan Perkeliling Kemajuan Perkhidmatan Awam.
Berikut
adalah beberapa contoh mandat yang berkuatkuasa dan perlu dipatuhi oleh
pihak sekolah dalam membina strategi dan menjalankan tugasnya.
Bil
|
Pekeliling
|
Keterangan berkaitan
|
1.
|
Surat Pekeliling Ikhtisas bil 3 / 2004
|
Memperkasakan Pendidikan Pencegahan Dadah di Sekolah.
|
2.
|
Surat Pekeliling Ikhtisas bil 6 / 2006
|
Menangani masalah kesihatan.
|
3.
|
Surat Pekeliling Ikhtisas bil 2 / 1979
|
Laporan murid-murid dalam keadaan risiko
Penyalahgunaan Dadah yang memerlukan pertolongan. |
4.
|
Surat Pekeliling Ikhtisas bil 8 / 1986
|
-Penyalahgunaan inhalan
|
5.
|
Surat Pekeliling Ikhtisas bil 4 / 1997
|
Hukuman ke atas murid menghisap rokok.
|
6.
|
Surat Pekeliling Ikhtisas bil 3 / 2004
|
Langkah-langkah keberkesanan Disiplin Sekolah
|
7.
|
Surat Pekeliling Ikhtisas bil 1 / 1995
|
Program Mencegah dan Membasmi kegiatan penagih dadah di agensi kerajaan
|
8.
|
Surat Pekeliling Perkhidmatan bil 310 / 1984
|
Peraturan dan tindakan ke atas pegawai dan kakitangan kerajaan yang terlibat dengan penagihan dadah
|
9.
|
Surat Pekeliling Ikhtisas bil 8 / 1983
|
Mengenakan hukuman biasa murid-murid yang melakukan perbuatan salahlaku yang tidak dinyatakan dalam peraturan pelajaran.
|
10.
|
Surat Pekeliling Ikhtisas bil 1 / 1983
|
Garis panduan kempen anti merokok di sekolah
|
11.
|
Surat Pekeliling Ikhtisas bil 7 / 1995
|
Petikan dari akta dadah berbahaya
|
12.
|
Surat Pekeliling Ikhtisas bil 7 / 1975
|
Garis panduan untuk mengenai / mengecam orang yang menggunakan atau menyalahgunakan dadah
|
13.
|
Surat Pekeliling Ikhtisas bil 6A / 1975
|
Disiplin murid-murid menghisap rokok
|
MATLAMAT PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH
Matlamat
Pendidikan Pencegahan Dadah di sekolah ialah untuk memberi pengetahuan,
kesedaran dan keinsafan kepada murid, guru, kakitangan pendidikan dan
ibu bapa akan bahaya
dadah agar mereka menjauhinya dan berupaya menentang ancaman dadah agar
mereka menjauhinya dan berupaya menentang ancaman dadah dengan
meletakkan sasaran ”Sekolah Bebas Dadah 2012”.
RASIONAL
No comments:
Post a Comment